Friday, January 28, 2011

Ashraf Warded!

Tanggal 07.01.2011 jam 12.00 mlm buat pertama kalinya anak kesayangan ku Ashraf Hasif telah dimasukkan ke wad di KPJ Selangor, Shah Alam.. Sebab ke hospital tu sebenarnye Ashraf demam dan ruam dibadannya bertambah banyak..tapi bila doc. cek ashraf kena admitted disebabkan Bronchiolitis.

emmm..memang aku akui hampir 2 bulan rasenye aku dan suami berulang membawa ashraf ke Klinik Chong di Slim River untuk merawat kahaknya itu..nafasnya berbunyi (berdengik) dan sesekali dia menolak untuk brestfeeding disebabkan gangguan pada hidungnya..mungkin dia sukar untuk bernafas..jadi kebiasaannya aku akan gantikan dengan susu formular atau susu ibu itu ku masukkan ke dalam botol..barulah dia selesa untuk menikmati "makanannya" itu..

ok..sambung cerita...dengan kekerapan ke Klinik berbayar itu, ku sangkakan boleh mengubati kahaknya..namun sebenarnya ianya hanyalah bersifat sementara dan hanya membantu setakad 30% ku rasa..ahahah..macam doc pulak..(kengkunun dulu nak jadi doc tapi tak kesampaian)Doc hanya bekalkan ubat cairkan kahak di paru-paru, ubat alergi untuk kulit, ubat flu dan antibiotik. Selepas seminggu ke seminggu nampak kahaknye macam dah berkurangan disebabkan kekerapan nafasnya berbunyi itu semakin berkurangan..TETAPI..antara kusedari dan tidak Ashraf sudah mula batuk-batuk dan semakin lama semakin kerap..

Buat keberapa kalinya....aku dan mr.suami merelakan diri meredah kegelapan malam ke Slim River (biasa pergi lepas aku balik keje. Kali ni dr.Chong pun susah hati bila dapat tahu anakku yg peramah itu (sebab bila jumpa dr. chong mesti dia tersenyummm..smile mean he want to communicate!)sudah ada simptom BATUK!. Sebenarnya bila baby dah mula batuk-batuk itu petanda penyakitnya kahaknya itu semakin SERIUS.
Seperti biasa aku dibekalkan dengan ubat-ubatan..

Kesian Ashraf..kecik-kecik lagi dah telan macam-macam ubat..jarang sekali dia merelakan, acap kali diberi secara paksaan...hohohooo...Mr. suami akan baca macam-macam dari alfatihah sehingga pada 3 qul..sebab Ashraf ni kebiasaannya walau dia menolak2 diberikan ubat, but amazingly sebaik sahaja dia mendengar bait2 bacaan ayat suci itu, dia akan diam dan matanya tertumpu pada si abah yang melafazkan...(alhamdulillah..moga2 ashraf menjadi anak soleh:)

sambung cerita lagi...masuk minggu yang keberapa tah..Ashraf kini sudah ada ruam2 besar disekitar kepala dan badan...pergi lagi ke Klinik yg sama kali ini dr hanya bekalkan ubat untuk mencegah ruamnye itu..untuk kahak itu kira stop dulu ye..kang banyak pulak ubat yg Ashraf kena makan..so kali ni diberikan ubat krim sapu, lotion mandi antiseptik, ubat tahan gatal dan antibiotik..

dan seminggu selepas itulah...bermulanya kejadian Ashraf dimasukkan kehospital disebabkan Bronchiolitis..(itulah nama yang selayaknya untuk penyakit yang dihidapi oleh Ashraf itu)

No comments:

Post a Comment