Thursday, July 14, 2011

Ceriakan diri di pagi Jumaat..:)

Salam semua...

Alhamulillah...syukur ke Hadrat Allah kerana memberi kita nikmat kesihatan..
suatu nikmat yang tidak terhingga nilainya..cuba bayangkan seandainya kita sakit..tak perlu sakit yang seriuslah..hanya pening je..bolehkah kita buat kerja? bolehkah kita fokus kepada tugas kita? bolehkah kita membuat keputusan dengan tepat? bolehkah kita menonton tv dengan rilexnya? bolehkah kita melayan anak bermain? atau apa2 sahaja perkara yang kita ingin dilakukan..adakah kita dapat melakukan ia dengan baik..maka TIDAK jawapannya...pada kala itu kita memerlukan rehat, perlukan tidur, mungkin perlukan minyak kapak atau telan panadol untuk beri kelegaan segera..:)

Seharusnya kita harus bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat yang diberikan...dan apabila kita bersyukur maka ucaplah Alhamdulillah syukur..

Dan pada hari ini apa yang saya ingin kongsikan adalah..bagaimana syukurnya saya dapat menyiapkan tempahan pelanggan malam tadi. 8 balang kesemuanya..hehhe..sikit pada dasarnya lebih kurang 256 biji..tapi yelah start membuat pun jam 11.30 malam..haruslah saya bersengkang mata hampir ke 4 pagi..ahahhaa..5.30pagi dah bangun semula siap2 gi office nuuunnnn jauh disana..huhuuu...namun saya bersyukur kerana walau tidur sedikit tapi alhamdulillah tidak mengganggu kesihatan saya...dan alhamdulillah 8 balang semuanya telah diambil oleh pelanggan..dan tempahan untuk raya pula alhamdulillah sudah mencecah 100 unit....

Insyaallah..anda diluar sana masih boleh membuat tempahan kerana saya mensasarkan 1000 unit untuk Chocolate Rocher..Harapan saya agar diberikan kesihatan berpanjangan, suami dan anak pun sihat..dan saya boleh meneruskan usaha saya dengan tenang dan aman...aminn..

oklah setakad ini coretan saya..jumpa lagi..





* mood: happy nak balik kg, esok nak timba ilmu dengan pakar coklat No. 1, Malaysia, Chef Amer..:)

No comments:

Post a Comment