Friday, December 30, 2011

Hajar dan Kuih

Alhamdulillah dah lama HFdelight menyepi..bukannya apa sekarang hajar tengah hasilkan produk baru untuk HFdelight..hehe..hampir sebulan sebenarnya hajar bergelumang dengan tepung...hah..sekarang hajar dah start membuat kuih harian untuk dihantar di kantin klinik kesihatan. Nak ikutkan hajar ni bukan pandai buat kuih tradisional ni..tapi oleh kerana pada bulan 11 kalau tak silap..hajar dah belajar pegi buat kuih kat shah alam nun..ni semua gara2 terjumpa satu blog ni yg duk cite pasal kuih..sape lagi kalau bukan kakina blognye zalinzalina'kisah aku dan kuih'..wahh memang membakar semangat dan minat bila baca blog kakina tu..dengan tak disangka boleh pegi belajar buat kuih kat rumah kakina..muda n cantik orangnya..bila tengok macam tak sangka org muda leh minat buat kuih n jadikan ia sebagai kerjaya tetap tau! Bermula dari situlah..hajar start buat kuih.. Kuih2 yg biasa hajar hantar, macam kuih kaswi, apam gula hangus, kole kacang, putri ayu, sosej roll, sardin roll, kuih kasturi dan yang terbaru karipap dan donut..karipap n donut belajar dari makcik dari johor panggil maklong je..dan alhamdulillah tanpa disangka sekarang HFdelight dah ada frozen tau..hehe..senang citer Hfdelight tengah mengorak langkah untuk hasilkan produk frozen..amacam..baru ade peningkatan hidup orang kate..Insyaallah moga-moga berjayalah hendaknya bisnes baru HFdelight ni yek..nanti senang2 hajar kongsikan gambar disini ye..

No comments:

Post a Comment